Subhanallah

Waktu Solat

Sunday, 16 August 2015

AL-QURAN Menjawab (Jangan Mengeluh dan Gelisah)



Assalamu'alaikum..
Semoga saudara dan saudari sentiasa dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah SWT.


Dalam kehidupan harian, manusia sering kali ditimpa masalah. Dan seringkali juga, manusia tersesat tanpa arah. Banyak faktor sememangnya yang dapat menyelubungi masalah hidup. Namun, tidak ada satupun manusia di dunia ini yang meminta kepada Allah untuk hidup susah. Namun yang sedihnya, ketika kesusahan dan musibah menimpa manusia sering kali mengeluh, “kenapa begini? kenapa begitu?”,malah memohan permintaan dikabulkan,” kabulkan ini ya Allah! kabulkan itu ya Allah!”, dan adakalanya tidak keluarpun di mulut perkataan syukur.. apakah kita harus pasrah dengan semudah itu?



uuuuiii!! Tidak semudah itu. Banyak ayat suci, dan saya yakin semua keyakinan pun mengajarkan, bahawa putus asa itu adalah sesuatu perkara yang buruk, dan harus dihindari. Inti pati dari semua masalah adalah agar manusia semakin memahami fitrahnya. Memahami apa yang harus dicari dalam hidup.

Al–Qur’an telah menjelaskan banyak perkara. Tidak hanya sekadar ibadah semata. Ekonomi, perdagangan, keluarga, pribadi kendiri seorang muslim hingga pentadbiran sesebuah negara pun ada didalamnya. Terdapat juga ayat–ayat Qura’an, yang menjawab keluhan ketika mana manusia mendapat ujian ataupun musibah.

Berikut ayat–ayat Quran yang menjawab pelbagai pertanyaan manusia sebagai khalifah di muka bumi :


KENAPA AKU DIUJI ??

QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Ankabut : 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU INGINKAN ??
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??
QURAN MENJAWAB:
Qs. Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

KENAPA AKU STRESS???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Imran : 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPI???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”

APA YANG AKU DAPAT ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 111
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 129
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal”

AKU TAK SANGGUP !!!!
QURAN MENJAWAB :
Qs. Yusuf : 12
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

Soalan apakah yang tidak boleh dijawab? Pertanyaan apakah yang tiada jawapanya? Pasti dan pasti lagi Sang Pemilik Semesta Alam akan dapat menjawabnya. Kan, cukup jelaslah bahawa Allah-lah yang memberi kita ujian, permasalahan, dan Allah jua yang akan menurunkan pertanyaan beserta jawabannya! Hanya Allah sebaik-baik sandaran buat sekalian manusia.

Adaptasi daripada : http://anak-qurani.blogspot.com/2011/10/al-quran-menjawab-jangan-mengeluh-dan.html

Saturday, 27 June 2015

Cerita Terawih

Assalamualaikum..

Setelah habis cuti semester pertama tahun 2015, saya melanjutkan pengajian ke semester yang kedua tahun ni dan merupakan semester yang terakhir.. Ahamdulillah, Allah masih lagi memberi ruang dan peluang untuk saya menimba ilmu-Nya yang sangat luas..

Seperti tahun2 yang sudah, kegembiraan menyambut ramadhan yang penuh dengan barokah.. lebih2 lagi jemaah di masjid2 dan surau penuh.. Alhamdulillah.. namun, sedih dilubuk hati melihat pemuda yang datang ke masjid hanya menunaikan solat terawih, dan meninggalkan solat isyak..
naa? macam mana tu?..

perkongsian dari kawan saya..
tatkala iqomah..
kawan saya bergegas memenuhi saf.. dia terlihat sekumpulan remaja di penjuru belakang ruang solat muslimin sedang bermain dengan telepon..
Kawan saya : bah.. jom solat isyak sudah tu..
Remaja 1 : bha, nanti solat terawih jak lah..
Kawan saya : Aikk.. solat isyak ni WAJIB, solat terawih Sunat..
Remaja 1 : oh.. iya pulahkan...
terus kawan saya melangkah memenuhi ruang saf di hadapan..

Inilah realiti yang perlu kita ambil berat, seberat-beratnya.. pemahaman yang salah dikalangan masyarakat kita pada hari ini..
Allahu akbar..

Alhamdulillah, remaja ini sanggup juga datang ke masjid, daripada tidak datang langsung..(semoga dengan langkah2 usaha remaja ini datang ke masjid, Allah SWT berikan hidayah untuk menunaikan solat fardu) yang di luar sana contohi pemuda ini, masih mampu melangkah kaki ke masjid.. jom ke masjid!..


"Carilah jemaah masjid tanpa bersangkah-sangkah"

Saturday, 11 April 2015

Memenatkan Badan, Mencerdaskan Minda

Perjalanan dari Keningau ke Kota Kinabalu mengambil masa 3 jam lebih menaiki motor kapcai sememangnya membuatkan badan lemah dan tidak bermaya. Adakalanya dalam perjalanan mata bagai nak terlelap menahan rasa ngantuk dan letih. Allah.. Teringat pengorbanan para sahabat. Berrmusafir jauh yang sang ketika menaiki unta, menaiki kuda, dan ada yang berjalan kaki di bawah matahari terik juga dalam kesejukan. Bermusafir atas satu maksud iaitu menyebarkan kalimah Lailaha illallah!.. Allahu akbar! Sungguh besar pengorbanan para sahabat..

Saya dan dua orang sahabat saya Zulhaqqi dan Mustaffa bermusafir untuk mengikuti Daurah kitab yang bertempat di Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang, Kota Kinabalu.. Alhamdulillah.. Allah masih lagi meminjamkan ruang dan peluang untuk kami sempat bertalaqi bersama Ulama tersohor nusantara Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki.. Masya Allah Tabarakallah, Sang ketika mendengar kuliah beliau, hati terputus dengan urusan dunia seketika seakan-akan mempersiapkan diri untuk berjumpa Allah Azza wajallah..


(Suasana ketika kuliah sedang berjalan)

Kenapa pergi jauh-jauh? Sedangkan dalam IPG pun ada program. :) senyum seketika.. Insya Allah, belajar-belajar ikut sifat sahabat yang korbankan Harta dan Jiwa untuk agama.. Ikut program pun, korban juga kan.. banar tuan! Kalau boleh saya nak sangat-sangat ikut dua-dua program sekali gus.

Berbalik kepada tajuk.. "Memenatkan Badan, Mencerdaskan Minda" walaupun badan terasa letih, namun bilamana melihat suasana ilmu seperti ini maka penat ketika itu bertukar menjadi satu nikmat yang... Masya Allah, Allah sahaja yang tahu.. Alhamdulillah..

Namun, kita berbalik kepada paksi utama setiap perbuatan iaitu niat seperti mana yang terdapat di bab awal kitab-kitab hadith yang muktabar. Menurut Ustaz Haji Muhd Rusli bin Ismail dalam Buletin Mardatillah, al-Imam al-Bukhari memulakan kitabnya Sahih Al-Bukhari dengan hadis ini, An-Nawawi membuka kitab hadis Arba’in-nya dengan hadis ini. Begitu juga sebahagian besar ulama membuka kitab-kitab mereka juga dengan hadith ini sebagai satu peringatan bagi penuntut ilmu agar meluruskan kembali niatnya hanya untuk mengharapkan redha Allah dalam segala perbuatanya.(Belutin Mardatillah M/S 4 / Edisi 2013)

Semoga dengan niat yang betul, Allah redha dengan setiap perbuatan kita..


Friday, 10 April 2015

Pelik Banar Eh...

Tajuk yang saya bawakan ini sebenarnya tajuk yang menarik bagi saya untuk saya rungkai situasi-situasi yang mungkin boleh kita jadikan sebagai satu pengalaman fantasi.

'peL!k' menurut Kamus DPB Online ialah Pengertian yang pertama tidak biasa atau tidak lazim dilihat, aneh, ganjil. Pengertian kedua tidak mudah difahami, susah, rumit. Pengertian yang ketiga berasa hairan, tercetus persoalan memikirkan bagaimana perkara itu boleh berlaku. Kesimpulannya, pelik ialah sesuatu benda/perkara yang boleh menimbulkan persoalan dan jarang ditemui.

Adakah seseorang boleh menjadi pelik?.. pendapat peribadi menyatakan boleh, kerana jika seseorang melakukan perkara yang tidak lazim dilakukan oleh kebanyakan orang sinonimnya digelar pelik. Namun, ia bergantung dengan kewarasan seseorang dan situasi.

Hari ini, jika usaha melaksanakan sunnah nabi orang katakan kita pelik, tidak mengikut trend zaman sekaranglah, ketinggalan zamanlah, lapuk, dan sebagainya.. Namun, jika kita selusuri sunnah Nabi SAW (cara hidup nabi) memberi kita dorongan untuk membuat kebaikan. Ada sunnah iaitu cara hidup Nabi yang wajib diikuti dan ada juga yang sunat kita ikut. Sunnah bukan sekadar sunat iaitu “buat dapat pahala, tinggal tak berdosa”, tetapi mengamalkan dan menghidupkannya mempunyai banyak kelebihan yang disebut dalam beberapa hadith seperti mendapat petunjuk, dimasukkan ke dalam syurga, mendapat pahala 100 orang syahid. Oleh itu berbahagialah orang yang berkelakuan pelik daripada orang ramai (semata-mata kerana ingin menghidupkan sunnah nabi SAW).

Antara sunnah yang besar dan patut ada dalam diri seorang muslim lelaki ialah solat berjemaah di Masjid. Sebagai contoh, syariat Allah ialah sembahyang fardhu lima waktu sehari semalam, maka cantikkan ia dengan sunnah Nabi seperti membuat azan, sembahyang berjemaah di masjid.

Daripada Ibnu Mas’ud Ra, ia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah SAW mengajari kami sunnah-sunnah (jalan-jalan petunjuk dan kebenaran) dan di antara sunnah-sunnah tersebut adalah sembahyang di masjid yang dikumandangkan azan di dalamnya.” (HR. Muslim)


Kawan saya kata ada seseorang yang dia kenal kadang pelik...
PeL!k Banar Eh..Azam tuan2 ikut sunnah.. Semoga Bermanfaat Untuk Kita..

Sunday, 5 April 2015

Bahagia Dengan Kebahagian Orang Lain Walaupun Pahit


Terdetik hati untuk saya melakarkan pembelajaran kawan saya yang dikongsikan kepada saya tentang "bahagia dengan kebahagian orang lain walaupun pahit"... Tuan2, kadang kala kita sering berada disituasi seperti ini, dan kadang kala kita tidak senang akan kebahagian orang lain.. Nauzubillah!

Situasi yang bagaimana?... Situasi yang pelbagai, kadang bila kita membuat suatu pekerjaan lalu orang lain ternampak hasil kerja kita kemudian dia ambil sebagai hasil kerjanya. Apabila penilaian dijalankan markah dia lebih tinggi pula dari kita.. :), dia bahagia, kita bercampur-baur.. Seharusnya bagaimana?... Seharusnya kita lebih bahagia dari dia. Sebab apa..? Sebabnyaaaa.. Asbab idea kita dia mendapat markah tinggi. Lebih bahagia tak? Lebihhh bahagia.. Alhamdulillah..

Tapi orang tidak tahu yang itu idea kita.. Orang itu siapa? Makhluk Allah.. Hebat tak makhluk Allah tu? Tak hebat! Siapa lebih hebat? Allahu Akbar.. biar orang tak tahu yang penting Allah tahu dan yang penting juga jangan ada kebencian dalam hati.. Sebab itu kita banyakkan berfikir akan kebesaran Allah, Zikir kepada Allah, sentiasa bercakap akan kebesaran Allah, agar kebesaran Allah meresap ke dalam hati-hati kita, semoga bila kita ditimpa musibah kita terus ingat akan Allah SWT..

Situasi yang lain.. Cinta? Entahlah..
Pandai-pandailah kaitkan dengan tajuk.. Tuan-tuan lebih arif akan hal itu..


Perkongsian dari kawan sya.. :)
Kawan saya belajar dari seseorang dia bilang..
Semoga yang terbaik..

Wednesday, 1 April 2015

TAWAKKAL ALALLAH

Mendengar kuliyyah daripada Ustaz Wan Kamaruzzaman yang mengupas tentang Tawakkal dalam buku yang bertajuk Membina Peribadi Muslim. Beliau membahaskan tentang makna sebenar tawakkal tersebut.



Pengertian Tawakkal :
Definisi tawakal menurut kacamata ulama tersohor dunia, Prof Dr Yusuf Al-Qardawi tawakkal ialah, apabila seorang manusia menyusun dan mengatur persiapan, persediaan, strategi dan daya usaha. Kemudian dia menyerahkan ketentuan/hasilnya kepada Allah SWT. 

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi, bahawa pada zaman Nabi Muhammad SAW dulu, ada seorang Arab Badawi yang datang ke masjid dan meninggalkan untanya tanpa diikat. Kemudian dia terus masuk ke masjid dan menganggap tindakannya itu sebagai tawakal kepada Allah. Rasulullah yang melihat kejadian berkenaan segera datang kepadanya dan bersabda: “Ikatlah unta itu dan bertawakallah kepada Allah.” 

Konsep tawakal ini kadangkala masyarakat kita pada hari ini salah faham mengenainya. Malah, saya juga secara tidak sedar pernah menyalah erti maksud tawakal itu sendiri. Persoalannya : Dimanakah kedudukan tawakkal itu sebenarnya...? apa yang saya faham melalui penyampaian Ustaz Wan K, Tawakkal seharusnya mengiringi seseorang muslim dan tawakal perlu ada dalam setiap keadaan sama ada sebelum atau selepas berusaha dan kemudian barulah tawakal itu menepati apa yang dimaksudkan oleh Islam.


(Maksudnya): Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh-musuh Islam) dengan apa yang kamu mampu dari segala jenis kekuatan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang disiapkan, untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu, serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. 
(Surah Al-Anfal ayat 60)

Ayat ini menunjukkan kita hendaklah berusaha mengatur persiapan, mempersiapkan kelengkapan, strategi dan daya usaha, kemudian barulah berserah diri yakni bertawakkal kepada Allah SWT dengan sebaik-baik pengharapan. Tawakkal tidak cukup hanya berserah bulat-bulat kepada Allah SWT, akan tetapi perlu usaha terlebih dahulu..

Semoga bermanfaat untuk kita semua..

Tuesday, 31 March 2015

Dialog TUHAN dan manusia

Dialog TUHAN dan manusia
.
Tuhan: "hamba Ku, bangunlah! Lakukan solat malam 11 rakaat!"
.
Hamba: "Ilahi, aku lelah, tidak sanggup rasanya."
.
Tuhan: "hamba Ku, lakukan 2 rakaat syafa' dan 1 rakaat witir saja!"
.
Hamba: "Ilahi, aku lelah dan rasanya sukar bagiku untuk bangun di tengah malam."
.
Tuhan: "hambu Ku solat witir saja.."
.
Hamba: "Ilahi, hari letih sekali, apa tidak ada cara lain?"
.
Tuhan: "hamba Ku, wudhuklah sebelum tidur lalu menatap ke langit katakan YA ALLAH..."
.
Hamba: "Ilahi, aku sudah mengantuk kalau aku bangun nanti mengantuknya hilang."
.
Tuhan: "hamba Ku, tayammum saja di tempat tidur mu dan katakan YA ALLAH.."
.
Hamba: "Ilahi, udara terasa sejuk sekali, aku tak sanggup mengeluarkan tanganku dari dalam selimut."
.
Tuhan: "hamba Ku, kalau begitu sebut saja dari dalam hati YA ALLAH, dan akan kami hitung itu sebagai solat malammu."
.
Sampai disini si hamba sudah tidak peduli kerana tertidur lena.
.
Tuhan: "lihatlah wahai malaikat Ku, bagaimana telah Aku mudahkan semua baginya, akan tetapi dia pergi dari Ku dan tidur tanpa meninggalkan apapun..
Bila datang waktu subuh bangunkan dia agar dia bermunajat pada Ku, Kerana Aku merindukan suaranya."
.
Malakat: "Ya Ilahi, telah kami bangunkan dia tapi dia kembali tidur."
.
Tuhan: "bisikkan di telinganya bahawa Aku menantinya."
.
Malaikat: "Ilahi, dia tetap tidur."
.
Tuhan: "katakan, sudah azan...sebentar lagi matahari terbit. Bangunlah sebelum habis waktu subuh kerana aku ingin memberkati sepanjang harinya."
.
Malaikat: "Ilahi, apa Engkau tidak ingin marah padanya?"
.
Tuhan: "Hamba ku tidak memiliki siapapun selain Aku, Aku menangguh marah Ku menunggu dia bertaubat. Hamba Ku, ketika engkau solat Aku memandangmu, seakan Aku tidak memiliki hamba selainmu... Namun engkau lalai seakan kau memiliki ratusan Tuhan....??!.

Sejauh mana pengharapan kita Pada Allah,

Sejauh mana hati kita terpaut pada Allah,
Sejauh mana hubungan kita pada Allah,
Sejauh mana? Yang di kejar dunia hina mendatang itu, kita masih mengejarnya..
Allahu Akbar..

Sentap tatkala membaca kiriman seseorang, Terima kasih banyak2, semoga redha Allah mengiring selalu..


Betapa PENYAYANG ENGKAU YA ILAHI..

Betapa PENGAMPUN ENGKAU YA ILAHI..
Betapa AGUNG ENGKAU YA ILAHI... Ampuni kami hambaMu yang lemah ini..

Saturday, 28 March 2015

APRESIASI KARYA KANAK-KANAK MENURUT PADANGAN TOKOH



TAJUK : “ PEMANDANGAN DI KAMPUNG HALAMAN”

NAMA : MOHD IKHRAM SYAH BIN MUKSIN

UMUR : 11 TAHUN

KELAS : 5 ARIF




Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar.

Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld,1975). Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri. Melukis sebagai Medium Komunikasi. 


Di sini lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak ini dilihat sebagai satu aspek luahan emosi dan juga sosial. Seperti yang dikatakan oleh Cowenfeld (1947), kreativiti turut termasuk dalam mendefinisikan bakat seni. Hal ini kerana, melalui maklumat seni, seseorang yang berkreativiti berkebolehan dalam menghasilkan karya yang menarik berdasarkan idea dan imaginasinya sendiri. Kanak-kanak ini cuba untuk berkomunikasi dengan cara penghasilan lukisan sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Melalui lukisan ini, mereka mencurahkan segala perasaan mereka semasa melakukan aktiviti, ini merupakan satu bentuk ekspresi diri. Sebagai contoh ciri-ciri penggunaan warna di dalam lukisan menggambarkan perasaan seseorang itu seperti warna biru yang melambangkan keamanan dan kedinginan. Kanak-kanak ini juga dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kepada orang lain. Dengan demikian, aspek komunikasi satu hala tercapai. 

Lukisan ini menggambarkan aktiviti melukis mampu memberikan kepuasan kepada mereka. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya institusi kanak-kanak.Ini boleh dilihat sebagai faktor fizikal. Semakin tinggi tahap perkembangan diri kanak-kanak, semakin penguasaan dalam menghasilkan sesuatu karya dengan mempelbagaikan teknik dan bahan yang digunakan. Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan(psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.


Lukisan ini juga, menggambarkan kanak-kanak hidup dengan aman dan damai di kampung halamannya, dia cuba menyatakan bahawa dia hidup dalam komuniti yang bersatu dan sederhana. Kanak-kanak ini boleh cuba berkomunikasi dengan alam di sekelilingnya seperti yang di gambarkan dalam karyanya.

Saya Tak Suka Membaca Buku

Tuan-tuan kali ini saya membawakan satu tajuk yang benar-benar memberikan kesan kepada saya selama ini.

Mungkin ada di kalangan kita yang tidak suka membaca buku termasuklah saya sendiri. Saya nak kongsi satu cerita yag membakar semangat saya untuk mengubah persepsi saya dari tidak kepada suka akan membaca.


Cerita kali ini, merupakan perkongsian dari kawan saya(nama dirahsiakan) kisah ini bermula semasa cuti hujung tahun persekolahan di tingkatan 4, kawan saya ni seorang yang nakal..mm nakal jugalah.. pada mulanya dia tidak suka membaca buku, kiranya jaranglah menyentuh bahan bacaan apa tah lagi menelaah buku. akan tetapi dia tersentuh dengan kata-kata cikgu Hamzah(guru sekolah menengah) Cikgu : alangkah indahnya jika seorang pelajar cemerlang, yang dapat anugerah dari sekolah bila hendak ambil hadiah itu, dia membawa ibu dan bapa ambil bersama-sama. Alangkah gembiranya ibu bapanya ketika itu"... Bermula dari peristiwa itu, dia mula sedikit demi sedikit merangkak mengubah situasi.. untuk persiapan di tingkatan 5, pertama kalinya dia membaca novel(kawan saya ni macam nak jadi mat novel sudah.. krik2) novel yang dibacanya ialah novel "Seteguh Karang" novel bahasa melayu kami di tingkatan 5, tahun 2009. Dia terkejut.. semasa mula hari persekolahan di tingkatann 5, dia seorang sahaja lelaki yang sudah khatam novel tu, kawan-kawan lain lagi lah, terkejut + terperanjat.. haha, lagipun dia bukan jenis budak ulat buku.


Apa yang membuatkan saya sentap dan terharu, dia berubah sehingga dia mendapat pelajar cemerlang spm ketika itu, dan kata-kata cikgu Hamzah itu yang merupakan impiannya tercapai, semasa majlis anugerah kecemerlangan, dia bawa ibu bapanya bersama-sama ke atas pentas mengambil hadiah kecemerlangan.. 


Tuan-tuan.. 

Saya memang tidak suka membaca, namun asbab nak dapatkan ilmu saya mula menjinak-jinakkan diri dengan buku.. langkah pertama yang saya ambil ialah, saya membawa buku bersama-sama ketika bermusafir, sambil-sambil menunggu waktu bertolak ke destinasi yang di tuju, saya cuba membuka buku.. pada awalnya agak janggallah, yalah muka macam kaki pukul membaca buku pula.. alahai.. haha,

Percubaan ini berhasil, walaupun saya mengambil masa 2 tahun untuk menghabiskan buku tersebut semasa bermusafir.. Alhamdulillah.. langkah seterusnya, membeli buku dan membuat rak buku di hadapan tempat tidur atau di tepi tempat tidur.. haa, ini bagi saya sangat-sangat efektif.. kecenderungan untuk mencapai buku tersebut tinggi..

Semoga bermanfaat untuk saya dan tuan-tuan..
:)


Monday, 16 March 2015

Kembara Kalabakan

Assalamualaikum sahabat yang dimuliakan Allah SWT…

Pada hari jumaat, 3 Mei 2013... Hari yang cukup bermakna dalam hidup saya, kerana pengalaman perjalanan balik dari keningau ke kunak merentasi jalan Kalabakan. Dahulunya, jalan ini masih lagi tidak berturap, Alhamdulillah sekarang dah berturap. Sebelum-sebelum ini saya sering menggunakan jalan utama sebagai pilihan untuk balik ke kampung, pada kali ini saya mengikut jalan Kalabakan bersama saudara saya Aziman...

Jam 11 pagi kami gerak dari Keningau dan berhenti di Nabawan untuk menunaikan Solat Jumaat. Dalam penyampaian Khutbah kali ini berkisarkan tentang pemilihan pemimpin yang akan menjadi pemimpin masyarakat. Alhamdulillah... Khutbah kali ini menarik perhatian saya, kerana isi yang disampaikan dengan bersahaja dan mampu menarik perhatian saya dan makmum yang lain, namun ada juga yang tertidur... :)

Isi Khutbah yang dapat saya kongsikan bersama sahabat yang dimuliakan Allah sekalian lebih kurang dalam khutbah tersebuat ialah "memilih pemimpin yang Taat kepada Allah swt, yang mampu membela agama, dan tidak membuat agamamu menjadi permainan dan ejekan"

Allah SWT menyebut dalam Al-Quran dalam Surah Al-Ma'idah ayat 57 mahfumnya : Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (iaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir(orang-orang musyrik). Dan berkatwalah kepada Allah juka kamu betul-betul orang-orang yang beriman.



Selepas sahaja menunaikan solat jumaat, Kami meneruskan perjalanan dengan menggunakan kenderaan Toyota Avanza. Dengan jalan yang tidak berturap lagi ketika itu sedikit sebanyak menguji kesabaran si pemandu yang berada di sebelah saya. Alhamdulillah, Aziman seorang yang penyabar orangnya setiap kali jalan berlubang dan tidak rata dia berzikir... Tinggi Tuan..:). Alhamdulillah,

Kesabaran kami teruji lagi semasa terkandas di tengah jalan kalabakan, keadaan jalan ketika itu berlubang dan berlumpur kereta yang kami naiki itu tidak tinggi menyukarkan untuk melepasi halangan itu. Alhamdulillah, berkat mesyuarat, mencari jalan altenatif... Akhirnya, kami dapat melepasi jalan tersebut.


Apa yang nak saya gambarkan ialah bukanlah cabaran perjalanan tersebut semata-mata tetapi sejauh mana pengharapan kita kepada Allah SWT ketika kita ditimpa musibah dan ketika kita  lapang. Allah, mari sama-sama menjadi hamba yang bersukur.. Insya Allah.