Subhanallah

Waktu Solat

Monday, 16 March 2015

Kembara Kalabakan

Assalamualaikum sahabat yang dimuliakan Allah SWT…

Pada hari jumaat, 3 Mei 2013... Hari yang cukup bermakna dalam hidup saya, kerana pengalaman perjalanan balik dari keningau ke kunak merentasi jalan Kalabakan. Dahulunya, jalan ini masih lagi tidak berturap, Alhamdulillah sekarang dah berturap. Sebelum-sebelum ini saya sering menggunakan jalan utama sebagai pilihan untuk balik ke kampung, pada kali ini saya mengikut jalan Kalabakan bersama saudara saya Aziman...

Jam 11 pagi kami gerak dari Keningau dan berhenti di Nabawan untuk menunaikan Solat Jumaat. Dalam penyampaian Khutbah kali ini berkisarkan tentang pemilihan pemimpin yang akan menjadi pemimpin masyarakat. Alhamdulillah... Khutbah kali ini menarik perhatian saya, kerana isi yang disampaikan dengan bersahaja dan mampu menarik perhatian saya dan makmum yang lain, namun ada juga yang tertidur... :)

Isi Khutbah yang dapat saya kongsikan bersama sahabat yang dimuliakan Allah sekalian lebih kurang dalam khutbah tersebuat ialah "memilih pemimpin yang Taat kepada Allah swt, yang mampu membela agama, dan tidak membuat agamamu menjadi permainan dan ejekan"

Allah SWT menyebut dalam Al-Quran dalam Surah Al-Ma'idah ayat 57 mahfumnya : Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (iaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir(orang-orang musyrik). Dan berkatwalah kepada Allah juka kamu betul-betul orang-orang yang beriman.



Selepas sahaja menunaikan solat jumaat, Kami meneruskan perjalanan dengan menggunakan kenderaan Toyota Avanza. Dengan jalan yang tidak berturap lagi ketika itu sedikit sebanyak menguji kesabaran si pemandu yang berada di sebelah saya. Alhamdulillah, Aziman seorang yang penyabar orangnya setiap kali jalan berlubang dan tidak rata dia berzikir... Tinggi Tuan..:). Alhamdulillah,

Kesabaran kami teruji lagi semasa terkandas di tengah jalan kalabakan, keadaan jalan ketika itu berlubang dan berlumpur kereta yang kami naiki itu tidak tinggi menyukarkan untuk melepasi halangan itu. Alhamdulillah, berkat mesyuarat, mencari jalan altenatif... Akhirnya, kami dapat melepasi jalan tersebut.


Apa yang nak saya gambarkan ialah bukanlah cabaran perjalanan tersebut semata-mata tetapi sejauh mana pengharapan kita kepada Allah SWT ketika kita ditimpa musibah dan ketika kita  lapang. Allah, mari sama-sama menjadi hamba yang bersukur.. Insya Allah.


No comments:

Post a Comment