Definisi tawakal menurut kacamata ulama tersohor dunia, Prof Dr Yusuf Al-Qardawi tawakkal ialah, apabila seorang manusia menyusun dan mengatur persiapan, persediaan, strategi dan daya usaha. Kemudian dia menyerahkan ketentuan/hasilnya kepada Allah SWT.
Konsep tawakal ini kadangkala masyarakat kita pada hari ini salah faham mengenainya. Malah, saya juga secara tidak sedar pernah menyalah erti maksud tawakal itu sendiri. Persoalannya : Dimanakah kedudukan tawakkal itu sebenarnya...? apa yang saya faham melalui penyampaian Ustaz Wan K, Tawakkal seharusnya mengiringi seseorang muslim dan tawakal perlu ada dalam setiap keadaan sama ada sebelum atau selepas berusaha dan kemudian barulah tawakal itu menepati apa yang dimaksudkan oleh Islam.
(Maksudnya): Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh-musuh Islam) dengan apa yang kamu mampu dari segala jenis kekuatan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang disiapkan, untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu, serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
(Surah Al-Anfal ayat 60)
Ayat ini menunjukkan kita hendaklah berusaha mengatur persiapan, mempersiapkan kelengkapan, strategi dan daya usaha, kemudian barulah berserah diri yakni bertawakkal kepada Allah SWT dengan sebaik-baik pengharapan. Tawakkal tidak cukup hanya berserah bulat-bulat kepada Allah SWT, akan tetapi perlu usaha terlebih dahulu..
Semoga bermanfaat untuk kita semua..
No comments:
Post a Comment