Subhanallah

Waktu Solat

Saturday, 28 March 2015

APRESIASI KARYA KANAK-KANAK MENURUT PADANGAN TOKOH



TAJUK : “ PEMANDANGAN DI KAMPUNG HALAMAN”

NAMA : MOHD IKHRAM SYAH BIN MUKSIN

UMUR : 11 TAHUN

KELAS : 5 ARIF




Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar.

Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld,1975). Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri. Melukis sebagai Medium Komunikasi. 


Di sini lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak ini dilihat sebagai satu aspek luahan emosi dan juga sosial. Seperti yang dikatakan oleh Cowenfeld (1947), kreativiti turut termasuk dalam mendefinisikan bakat seni. Hal ini kerana, melalui maklumat seni, seseorang yang berkreativiti berkebolehan dalam menghasilkan karya yang menarik berdasarkan idea dan imaginasinya sendiri. Kanak-kanak ini cuba untuk berkomunikasi dengan cara penghasilan lukisan sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Melalui lukisan ini, mereka mencurahkan segala perasaan mereka semasa melakukan aktiviti, ini merupakan satu bentuk ekspresi diri. Sebagai contoh ciri-ciri penggunaan warna di dalam lukisan menggambarkan perasaan seseorang itu seperti warna biru yang melambangkan keamanan dan kedinginan. Kanak-kanak ini juga dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kepada orang lain. Dengan demikian, aspek komunikasi satu hala tercapai. 

Lukisan ini menggambarkan aktiviti melukis mampu memberikan kepuasan kepada mereka. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya institusi kanak-kanak.Ini boleh dilihat sebagai faktor fizikal. Semakin tinggi tahap perkembangan diri kanak-kanak, semakin penguasaan dalam menghasilkan sesuatu karya dengan mempelbagaikan teknik dan bahan yang digunakan. Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan(psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.


Lukisan ini juga, menggambarkan kanak-kanak hidup dengan aman dan damai di kampung halamannya, dia cuba menyatakan bahawa dia hidup dalam komuniti yang bersatu dan sederhana. Kanak-kanak ini boleh cuba berkomunikasi dengan alam di sekelilingnya seperti yang di gambarkan dalam karyanya.

No comments:

Post a Comment