Subhanallah

Waktu Solat

Friday, 10 April 2015

Pelik Banar Eh...

Tajuk yang saya bawakan ini sebenarnya tajuk yang menarik bagi saya untuk saya rungkai situasi-situasi yang mungkin boleh kita jadikan sebagai satu pengalaman fantasi.

'peL!k' menurut Kamus DPB Online ialah Pengertian yang pertama tidak biasa atau tidak lazim dilihat, aneh, ganjil. Pengertian kedua tidak mudah difahami, susah, rumit. Pengertian yang ketiga berasa hairan, tercetus persoalan memikirkan bagaimana perkara itu boleh berlaku. Kesimpulannya, pelik ialah sesuatu benda/perkara yang boleh menimbulkan persoalan dan jarang ditemui.

Adakah seseorang boleh menjadi pelik?.. pendapat peribadi menyatakan boleh, kerana jika seseorang melakukan perkara yang tidak lazim dilakukan oleh kebanyakan orang sinonimnya digelar pelik. Namun, ia bergantung dengan kewarasan seseorang dan situasi.

Hari ini, jika usaha melaksanakan sunnah nabi orang katakan kita pelik, tidak mengikut trend zaman sekaranglah, ketinggalan zamanlah, lapuk, dan sebagainya.. Namun, jika kita selusuri sunnah Nabi SAW (cara hidup nabi) memberi kita dorongan untuk membuat kebaikan. Ada sunnah iaitu cara hidup Nabi yang wajib diikuti dan ada juga yang sunat kita ikut. Sunnah bukan sekadar sunat iaitu “buat dapat pahala, tinggal tak berdosa”, tetapi mengamalkan dan menghidupkannya mempunyai banyak kelebihan yang disebut dalam beberapa hadith seperti mendapat petunjuk, dimasukkan ke dalam syurga, mendapat pahala 100 orang syahid. Oleh itu berbahagialah orang yang berkelakuan pelik daripada orang ramai (semata-mata kerana ingin menghidupkan sunnah nabi SAW).

Antara sunnah yang besar dan patut ada dalam diri seorang muslim lelaki ialah solat berjemaah di Masjid. Sebagai contoh, syariat Allah ialah sembahyang fardhu lima waktu sehari semalam, maka cantikkan ia dengan sunnah Nabi seperti membuat azan, sembahyang berjemaah di masjid.

Daripada Ibnu Mas’ud Ra, ia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah SAW mengajari kami sunnah-sunnah (jalan-jalan petunjuk dan kebenaran) dan di antara sunnah-sunnah tersebut adalah sembahyang di masjid yang dikumandangkan azan di dalamnya.” (HR. Muslim)


Kawan saya kata ada seseorang yang dia kenal kadang pelik...
PeL!k Banar Eh..Azam tuan2 ikut sunnah.. Semoga Bermanfaat Untuk Kita..

No comments:

Post a Comment