Subhanallah

Waktu Solat

Tuesday, 31 March 2015

Dialog TUHAN dan manusia

Dialog TUHAN dan manusia
.
Tuhan: "hamba Ku, bangunlah! Lakukan solat malam 11 rakaat!"
.
Hamba: "Ilahi, aku lelah, tidak sanggup rasanya."
.
Tuhan: "hamba Ku, lakukan 2 rakaat syafa' dan 1 rakaat witir saja!"
.
Hamba: "Ilahi, aku lelah dan rasanya sukar bagiku untuk bangun di tengah malam."
.
Tuhan: "hambu Ku solat witir saja.."
.
Hamba: "Ilahi, hari letih sekali, apa tidak ada cara lain?"
.
Tuhan: "hamba Ku, wudhuklah sebelum tidur lalu menatap ke langit katakan YA ALLAH..."
.
Hamba: "Ilahi, aku sudah mengantuk kalau aku bangun nanti mengantuknya hilang."
.
Tuhan: "hamba Ku, tayammum saja di tempat tidur mu dan katakan YA ALLAH.."
.
Hamba: "Ilahi, udara terasa sejuk sekali, aku tak sanggup mengeluarkan tanganku dari dalam selimut."
.
Tuhan: "hamba Ku, kalau begitu sebut saja dari dalam hati YA ALLAH, dan akan kami hitung itu sebagai solat malammu."
.
Sampai disini si hamba sudah tidak peduli kerana tertidur lena.
.
Tuhan: "lihatlah wahai malaikat Ku, bagaimana telah Aku mudahkan semua baginya, akan tetapi dia pergi dari Ku dan tidur tanpa meninggalkan apapun..
Bila datang waktu subuh bangunkan dia agar dia bermunajat pada Ku, Kerana Aku merindukan suaranya."
.
Malakat: "Ya Ilahi, telah kami bangunkan dia tapi dia kembali tidur."
.
Tuhan: "bisikkan di telinganya bahawa Aku menantinya."
.
Malaikat: "Ilahi, dia tetap tidur."
.
Tuhan: "katakan, sudah azan...sebentar lagi matahari terbit. Bangunlah sebelum habis waktu subuh kerana aku ingin memberkati sepanjang harinya."
.
Malaikat: "Ilahi, apa Engkau tidak ingin marah padanya?"
.
Tuhan: "Hamba ku tidak memiliki siapapun selain Aku, Aku menangguh marah Ku menunggu dia bertaubat. Hamba Ku, ketika engkau solat Aku memandangmu, seakan Aku tidak memiliki hamba selainmu... Namun engkau lalai seakan kau memiliki ratusan Tuhan....??!.

Sejauh mana pengharapan kita Pada Allah,

Sejauh mana hati kita terpaut pada Allah,
Sejauh mana hubungan kita pada Allah,
Sejauh mana? Yang di kejar dunia hina mendatang itu, kita masih mengejarnya..
Allahu Akbar..

Sentap tatkala membaca kiriman seseorang, Terima kasih banyak2, semoga redha Allah mengiring selalu..


Betapa PENYAYANG ENGKAU YA ILAHI..

Betapa PENGAMPUN ENGKAU YA ILAHI..
Betapa AGUNG ENGKAU YA ILAHI... Ampuni kami hambaMu yang lemah ini..

Saturday, 28 March 2015

APRESIASI KARYA KANAK-KANAK MENURUT PADANGAN TOKOH



TAJUK : “ PEMANDANGAN DI KAMPUNG HALAMAN”

NAMA : MOHD IKHRAM SYAH BIN MUKSIN

UMUR : 11 TAHUN

KELAS : 5 ARIF




Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar.

Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld,1975). Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri. Melukis sebagai Medium Komunikasi. 


Di sini lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak ini dilihat sebagai satu aspek luahan emosi dan juga sosial. Seperti yang dikatakan oleh Cowenfeld (1947), kreativiti turut termasuk dalam mendefinisikan bakat seni. Hal ini kerana, melalui maklumat seni, seseorang yang berkreativiti berkebolehan dalam menghasilkan karya yang menarik berdasarkan idea dan imaginasinya sendiri. Kanak-kanak ini cuba untuk berkomunikasi dengan cara penghasilan lukisan sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Melalui lukisan ini, mereka mencurahkan segala perasaan mereka semasa melakukan aktiviti, ini merupakan satu bentuk ekspresi diri. Sebagai contoh ciri-ciri penggunaan warna di dalam lukisan menggambarkan perasaan seseorang itu seperti warna biru yang melambangkan keamanan dan kedinginan. Kanak-kanak ini juga dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kepada orang lain. Dengan demikian, aspek komunikasi satu hala tercapai. 

Lukisan ini menggambarkan aktiviti melukis mampu memberikan kepuasan kepada mereka. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya institusi kanak-kanak.Ini boleh dilihat sebagai faktor fizikal. Semakin tinggi tahap perkembangan diri kanak-kanak, semakin penguasaan dalam menghasilkan sesuatu karya dengan mempelbagaikan teknik dan bahan yang digunakan. Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan(psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.


Lukisan ini juga, menggambarkan kanak-kanak hidup dengan aman dan damai di kampung halamannya, dia cuba menyatakan bahawa dia hidup dalam komuniti yang bersatu dan sederhana. Kanak-kanak ini boleh cuba berkomunikasi dengan alam di sekelilingnya seperti yang di gambarkan dalam karyanya.

Saya Tak Suka Membaca Buku

Tuan-tuan kali ini saya membawakan satu tajuk yang benar-benar memberikan kesan kepada saya selama ini.

Mungkin ada di kalangan kita yang tidak suka membaca buku termasuklah saya sendiri. Saya nak kongsi satu cerita yag membakar semangat saya untuk mengubah persepsi saya dari tidak kepada suka akan membaca.


Cerita kali ini, merupakan perkongsian dari kawan saya(nama dirahsiakan) kisah ini bermula semasa cuti hujung tahun persekolahan di tingkatan 4, kawan saya ni seorang yang nakal..mm nakal jugalah.. pada mulanya dia tidak suka membaca buku, kiranya jaranglah menyentuh bahan bacaan apa tah lagi menelaah buku. akan tetapi dia tersentuh dengan kata-kata cikgu Hamzah(guru sekolah menengah) Cikgu : alangkah indahnya jika seorang pelajar cemerlang, yang dapat anugerah dari sekolah bila hendak ambil hadiah itu, dia membawa ibu dan bapa ambil bersama-sama. Alangkah gembiranya ibu bapanya ketika itu"... Bermula dari peristiwa itu, dia mula sedikit demi sedikit merangkak mengubah situasi.. untuk persiapan di tingkatan 5, pertama kalinya dia membaca novel(kawan saya ni macam nak jadi mat novel sudah.. krik2) novel yang dibacanya ialah novel "Seteguh Karang" novel bahasa melayu kami di tingkatan 5, tahun 2009. Dia terkejut.. semasa mula hari persekolahan di tingkatann 5, dia seorang sahaja lelaki yang sudah khatam novel tu, kawan-kawan lain lagi lah, terkejut + terperanjat.. haha, lagipun dia bukan jenis budak ulat buku.


Apa yang membuatkan saya sentap dan terharu, dia berubah sehingga dia mendapat pelajar cemerlang spm ketika itu, dan kata-kata cikgu Hamzah itu yang merupakan impiannya tercapai, semasa majlis anugerah kecemerlangan, dia bawa ibu bapanya bersama-sama ke atas pentas mengambil hadiah kecemerlangan.. 


Tuan-tuan.. 

Saya memang tidak suka membaca, namun asbab nak dapatkan ilmu saya mula menjinak-jinakkan diri dengan buku.. langkah pertama yang saya ambil ialah, saya membawa buku bersama-sama ketika bermusafir, sambil-sambil menunggu waktu bertolak ke destinasi yang di tuju, saya cuba membuka buku.. pada awalnya agak janggallah, yalah muka macam kaki pukul membaca buku pula.. alahai.. haha,

Percubaan ini berhasil, walaupun saya mengambil masa 2 tahun untuk menghabiskan buku tersebut semasa bermusafir.. Alhamdulillah.. langkah seterusnya, membeli buku dan membuat rak buku di hadapan tempat tidur atau di tepi tempat tidur.. haa, ini bagi saya sangat-sangat efektif.. kecenderungan untuk mencapai buku tersebut tinggi..

Semoga bermanfaat untuk saya dan tuan-tuan..
:)


Monday, 16 March 2015

Kembara Kalabakan

Assalamualaikum sahabat yang dimuliakan Allah SWT…

Pada hari jumaat, 3 Mei 2013... Hari yang cukup bermakna dalam hidup saya, kerana pengalaman perjalanan balik dari keningau ke kunak merentasi jalan Kalabakan. Dahulunya, jalan ini masih lagi tidak berturap, Alhamdulillah sekarang dah berturap. Sebelum-sebelum ini saya sering menggunakan jalan utama sebagai pilihan untuk balik ke kampung, pada kali ini saya mengikut jalan Kalabakan bersama saudara saya Aziman...

Jam 11 pagi kami gerak dari Keningau dan berhenti di Nabawan untuk menunaikan Solat Jumaat. Dalam penyampaian Khutbah kali ini berkisarkan tentang pemilihan pemimpin yang akan menjadi pemimpin masyarakat. Alhamdulillah... Khutbah kali ini menarik perhatian saya, kerana isi yang disampaikan dengan bersahaja dan mampu menarik perhatian saya dan makmum yang lain, namun ada juga yang tertidur... :)

Isi Khutbah yang dapat saya kongsikan bersama sahabat yang dimuliakan Allah sekalian lebih kurang dalam khutbah tersebuat ialah "memilih pemimpin yang Taat kepada Allah swt, yang mampu membela agama, dan tidak membuat agamamu menjadi permainan dan ejekan"

Allah SWT menyebut dalam Al-Quran dalam Surah Al-Ma'idah ayat 57 mahfumnya : Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (iaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir(orang-orang musyrik). Dan berkatwalah kepada Allah juka kamu betul-betul orang-orang yang beriman.



Selepas sahaja menunaikan solat jumaat, Kami meneruskan perjalanan dengan menggunakan kenderaan Toyota Avanza. Dengan jalan yang tidak berturap lagi ketika itu sedikit sebanyak menguji kesabaran si pemandu yang berada di sebelah saya. Alhamdulillah, Aziman seorang yang penyabar orangnya setiap kali jalan berlubang dan tidak rata dia berzikir... Tinggi Tuan..:). Alhamdulillah,

Kesabaran kami teruji lagi semasa terkandas di tengah jalan kalabakan, keadaan jalan ketika itu berlubang dan berlumpur kereta yang kami naiki itu tidak tinggi menyukarkan untuk melepasi halangan itu. Alhamdulillah, berkat mesyuarat, mencari jalan altenatif... Akhirnya, kami dapat melepasi jalan tersebut.


Apa yang nak saya gambarkan ialah bukanlah cabaran perjalanan tersebut semata-mata tetapi sejauh mana pengharapan kita kepada Allah SWT ketika kita ditimpa musibah dan ketika kita  lapang. Allah, mari sama-sama menjadi hamba yang bersukur.. Insya Allah.