Perjalanan dari Keningau ke Kota Kinabalu mengambil masa 3 jam lebih menaiki motor kapcai sememangnya membuatkan badan lemah dan tidak bermaya. Adakalanya dalam perjalanan mata bagai nak terlelap menahan rasa ngantuk dan letih. Allah.. Teringat pengorbanan para sahabat. Berrmusafir jauh yang sang ketika menaiki unta, menaiki kuda, dan ada yang berjalan kaki di bawah matahari terik juga dalam kesejukan. Bermusafir atas satu maksud iaitu menyebarkan kalimah Lailaha illallah!.. Allahu akbar! Sungguh besar pengorbanan para sahabat..
Saya dan dua orang sahabat saya Zulhaqqi dan Mustaffa bermusafir untuk mengikuti Daurah kitab yang bertempat di Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang, Kota Kinabalu.. Alhamdulillah.. Allah masih lagi meminjamkan ruang dan peluang untuk kami sempat bertalaqi bersama Ulama tersohor nusantara Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki.. Masya Allah Tabarakallah, Sang ketika mendengar kuliah beliau, hati terputus dengan urusan dunia seketika seakan-akan mempersiapkan diri untuk berjumpa Allah Azza wajallah..
(Suasana ketika kuliah sedang berjalan)
Kenapa pergi jauh-jauh? Sedangkan dalam IPG pun ada program. :) senyum seketika.. Insya Allah, belajar-belajar ikut sifat sahabat yang korbankan Harta dan Jiwa untuk agama.. Ikut program pun, korban juga kan.. banar tuan! Kalau boleh saya nak sangat-sangat ikut dua-dua program sekali gus.
Berbalik kepada tajuk.. "Memenatkan Badan, Mencerdaskan Minda" walaupun badan terasa letih, namun bilamana melihat suasana ilmu seperti ini maka penat ketika itu bertukar menjadi satu nikmat yang... Masya Allah, Allah sahaja yang tahu.. Alhamdulillah..
Namun, kita berbalik kepada paksi utama setiap perbuatan iaitu niat seperti mana yang terdapat di bab awal kitab-kitab hadith yang muktabar. Menurut Ustaz Haji Muhd Rusli bin Ismail dalam Buletin Mardatillah, al-Imam al-Bukhari memulakan kitabnya Sahih Al-Bukhari dengan hadis ini, An-Nawawi membuka kitab hadis Arba’in-nya dengan hadis ini. Begitu juga sebahagian besar ulama membuka kitab-kitab mereka juga dengan hadith ini sebagai satu peringatan bagi penuntut ilmu agar meluruskan kembali niatnya hanya untuk mengharapkan redha Allah dalam segala perbuatanya.(Belutin Mardatillah M/S 4 / Edisi 2013)
Semoga dengan niat yang betul, Allah redha dengan setiap perbuatan kita..