Alhamdulillah,
setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan limpahan kurnia-Nya
yang memberikan masa, ruang dan peluang untuk saya mengisi masa saya dengan
berkongsi ilmu bersama-sama anda.
NIAT menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat ialah maksud atau tujuan sesuatu perbuatan.
BERNIAT pula bermaksud bertujuan (akan) atau Bermaksud (akan). Dapatlah disimpulkan bahawa niat bermaksud tujuan atau kehendak seseorang untuk menginginkan sesuatu sama dalam hati atau percakapan.
BERNIAT pula bermaksud bertujuan (akan) atau Bermaksud (akan). Dapatlah disimpulkan bahawa niat bermaksud tujuan atau kehendak seseorang untuk menginginkan sesuatu sama dalam hati atau percakapan.
Menurut perspektif
Islam pula An Niat (niat) dari segi bahasa ertinya adalah al qashdu (maksud) dan al
iraadah (keinginan)
atau dengan kata lain qashdul quluub wa iraadatuhu (maksud dan
keinginan hati). Definisi niat dari segi Istilah adalah sebagaimana yang
dijelaskan oleh Syaikh Abdurrahman bin Nashir as Sa’di, beliau berkata, “Niat
adalah maksud dalam beramal untuk mendekatkan diri pada Allah, mencari redha
dan pahalaNya.” (Bahjah Quluubil Abraar wa Qurratu ‘Uyuunil Akhyaar Syarah
Jawaami’ul Akhbar hal. 5)
Daripada ‘Umar ibn
al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya perbuatan-perbuatan itu dengan niat, dan
sesungguhnya setiap orang bergantung dengan apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada
Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang
hijrahnya kerana dunia yang ingin ia perolehi, atau untuk wanita yang ingin ia
nikahinya, maka hijrahnya ke arah perkara kepada apa-apa yang ia berhijrah kepadanya.
Latar Belakang hadis:
Hadis ini telah dilafazkan
oleh Nabi Muhammad pada masa seorang lelaki berpindah dari Makkah ke Madinah
semasa peristiwa Hijrah demi semata-mata kerana mengahwini seorang wanita
bernama Ummu Qais dan tidak berhijrah dengan sebab Islam. Hadis ini adalah
antara hadis yang terpenting dalam Islam.
Menurut Ustaz Haji
Muhd Rusli bin Ismail dalam Buletin Mardatillah al-Imam al-Bukhari memulakan
kitabnya Sahih Al-Bukhari dengan hadis ini, An-Nawawi membuka kitab hadis
Arba’in-nya dengan hadis ini. Begitu juga sebahagian besar ulama membuka
kitab-kitab mereka juga dengan hadis ini sebagai satu peringatan bagi penuntut
ilmu agar meluruskan kembali niatnya hanya untuk mengharapkan reha Allah salam
segala perbuatanya.(Belutin Mardatillah M/S 4)
Saya teringat
kisah 3 tahun lepas, mula-mula keluar dari rumah untuk melanjutkan pelajaran.
Masa itu mak dan abang sulung saya yang menghantar saya ke IPG Kampus Keningau.
Berat hati rasanya untuk meninggalkan kempung halaman yang selama 17 tahun
menetap apakan daya demi menimba ilmu Allah akhirnya hati redah dengan bisikan
yang menyatakan “Keningau dekat baituu” Sebelum menaiki kenderaan saya
bersalaman dengan adik-beradik serta keluarga terdekat dan yang terakhir dengan
ayah saya. Semasa bersalaman dengan ayah, dalam dakapan Ayah berkata dekat
dengan telinga saya yang berbunyi “ Setiap perkara yang dibuat ingat Allah.
Allah”
Sepanjang
perjalanan menuju ke bukit langsat, ungkapan yang dilontarkan oleh ayah itu
masih terngiang-ngiang di telinga saya. Saya mula menyedari bahawa apa yang
ayah katakan tadi adalah untuk menyedarkan saya bahawa menimba ilmu di bukit
langsat bukan untuk diri sendiri, bukan untuk mencari pekerjaan, bukan untuk
meninggikan diri, buakn sekadar untuk mencukupi syarat sebagai seorang guru
tetapi untuk mencari redha Allah SWT.
Bro kau fikir
senangkah mahu hadirkan niat di setiap perbuatan? Memang paya Tuan untuk
menghadirkan niat kerana Allah SWT dalam setiap perbuatan kita malahan ia perlu
melalui proses tarbiyyah yang panjang,
hatta orang tua sekalipun “lugai-lugai” untuk menghadirkan niat kerana Allah
SWT apa lagi orang muda-mudi. Oleh itu, saya menyeru kepada diri saya dan semua
yang terlihat artikel ini sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja untuk
kita sama-sama menghadirkan niat Kerana Allah SWT di setiap perbuatan kita.
Semoga Allah SWT mencampakkan kefahaman ke dalam hati-hati kita untuk kita amal
serta kita sampaikan kepada saudara-saudara kita, InsyaAllah.
Assalamu'alaikum, perkongsian yang sgt baik, terkesan dgn ayat "Semasa bersalaman dengan ayah, dalam dakapan Ayah berkata dekat dengan telinga saya yang berbunyi “ Setiap perkara yang dibuat ingat Allah. Allah” " Syukran wa jazaakallah.
ReplyDelete